aku dan muzik

mostly, dalam peningkatan pembesaran aku; khususnya dalam pendengaran aku dalam dunia muzik dan lagu, kebanyakkannya aku dipengaruhi oleh muzik-muzik dalam sekitar 80-an, 90-an dan awal 2000. jadi aku sudah tua, bukan? kerana aku membesar dalam era atau tahun-tahun itu.

norma-norma muzik aku dipengaruhi oleh kawan-kawan, sedara-mara atau pun apa yang ku lihat dan dengar di radio ataupun tv. untuk kali pertama aku jatuh cinta dengan muzik rock nih adalah ketika pertama kali aku mendengar lagu iron maiden. first time aku dengar group dan lagu iron maiden, aku rasa macam terkejut pun ada disebabkan muziknya yang laju, bermelodi dan pada aku mungkin rock habis. kalau setakat rock kankang seperti search, wings, lefthanded memang aku dah dengar lama dah. ini semua member aku punyer pasal. dia kata aku tak rock kalau tak dengar band-band rock orang putih nih. kalau setakat lagu rock melayu jer, apa kelas. so, aku pun pinjamlah salah satu rock orang putih dari member aku itu. nama member aku itu saiful, kalau tak silap..kerana ingat-ingat lupa.

pergi ke rumah dia, tengok ada banyak kaset-kaset kumpulan rock orang putih. dari kumpulan scorpion, watt, def leppard dan sebagainya. tiba-tiba aku ternampak kaset kumpulan iron maiden. aku pilih iron maiden nih sebab cover kasetnya yang kool giler yang ada gambar hantu bernama eddie. disebabkan cover album tuh, aku terus bagitau kat saiful yang aku nak pinjam kaset iron maiden itu.

balik rumah, masuk bilik. terus pasang kaset iron maiden. aku teruja sungguh. aku layan habis sambil head-banging sehinggakan mak aku tengok dan kata aku dah masuk hantu. 3 round aku duduk ulang kaset iron maiden itu secara terus menerus.

dah puas hati. aku tepon saiful. aku cakap..aku dah rock sekarang nih..dalam hati..hujung minggu nih aku nak minta abah aku belikan seluar ketat dan baju iron maiden untuk aku.

2 Comments:

  1. Nizam.Ariff said...
    Salam.
    Seluar ketat kena regu dengan plastik bekas bawang pasarmalam.
    kalau tak, susah nak terjah kaki.. hahaha
    Rajuna said...
    rambut gondrong baru kool

Post a Comment



Newer Post Older Post Home