kalau dihendakkan bercerita tentang first love aku. aku rasa aku mula jatuh cinta pandang pertama adalah kepada cikgu muzik aku. time tuh aku darjah 6. sudah akil bakhlik. sudah bermimpi basah. sudah pandai menonton cerita lucah, silap menonton citer romen-romen.

aku rasakan itulah perempuan yang paling baik yang pernah aku jumpa. hati aku mula tersentuh dengan gaya percakapannya, gaya pengajarannya, gaya lenggok badannya yang bersahaja. kira komplete satu pakej. nama cikgu tuh adalah Miss Y. tak boleh nama penuh, bahaya untuk kesihatan. time itu dia masih lagi single mingle. kalau dah berkahwin, buat apa pulak aku terjatuh hati. gilo apo.

giler lah, bila bercerita balik tentang Miss Y nih, buatkan aku tersenyum simpul. macam tak caya jer. aku boleh terpikat dengan cikgu. tapi aku rasa Miss Y takkan pulak jatuh cinta dengan aku kerana aku pun masih pergi sekolah pakai sekolah pendek warna biru tua lagi. rare beb. sekarang nih semua budak darjah 6 pun dah pakai seluar panjang. aku dulu masih pakai seluar pendek.

aku suka tengok dia mengajar kami cara bermain rekoder, kamu tahukan apa itu rekoder? rekoder nih lebih kurang macam serunai tapi dalam versi khas untuk budak-budak sekolah. macam-macam agu-lah yang dia ajar. sampaikan satu ketika itu aku saja lupa bawak rekoder sendiri supaya aku boleh gunakan Miss Y punye rekoder, ataupun aku akan buat-buat tak tahu macam mana nak mainkan kord-kord lagu then nanti dia akan datang kat aku sambil memegang tangan aku dengan tangannya yang lembut itu untuk mencari kord-kord lagu itu. aku rasa sentuhan itu masih aku ingat sampai hari ini.

aku pun pelik, macam manalah aku boleh rasa macam nih kat cikgu sendiri. ataupun mungkin sebab aku bersekolah all-boys. itu pasal aku mudah ataupun semua budak lelaki mudah jatuh cinta dengan cikgu sendiri.

aku rasa bila masuk time kelas muzik, adalah saat yang paling dinantikan untuk aku disepanjang minggu itu. tak dapat nak cerita perasaan itu, kadang-kala bila aku dah naik giler. bila time tak ada kelas muzik. aku akan ambil jalan jauh untuk ke kelas aku semata-mata untuk lalu depan kelas muzik hanya semata untuk tengok Miss Y. bak kata pepatah, tak dapat tengok orangnya tapi dapat tengok rumahnya pun jadik-lah.

bila aku dah masuk form 1, aku dah mula sekolah lain, so aku dah tak dapat tengok ataupun berjumpa dengan Miss Y lagik. setahun yang membuatkan perasaan aku bergelora. bila aku bercerita tentang pengalaman bersekolah rendah, aku pasti takkan lupakan aku dengan Miss Y.

Miss Y. selamat meniti hari tua dan belated selamat hari guru. satu soalan, adakah kamu masih cun seperti dulu?

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home