apa ada pada nama ?

bila aku bangun pagi. aku mula aku sudah mula hilang satu deria. deria itu amat penting. aku tidak boleh mendengar. aku terkejut. aku panik. aku berlari satu bilik. aku menjerit kuat. tapi aku tidak dengar apa yang aku jerit. itu semua gila. aku mula salahakan dunia ini kerana ketidakupayaan aku untuk mendengar lagi. aku merasa terhina dan marah atas apa yang terjadi. aku tendag meja dan kerusi. sakit. aku bagi satu tumbukan aku ke dinding konkrit. sakit. aku menjerit lagi sekuat hati. walau bagamanapun aku menjerit tapi aku masih tidak mendegar apa yang aku jeritkan. aku mula merasa geram dengan diri aku. aku menyumpah sendiri. aku mula rasa nak menangis.

aku berlari menuju ke bilik air. bilik air dan bilik aku adalah satu cantuman. aku tengok muka aku ke cermin. air mata mula turun. aku mula fikirkan apa yang pernah aku buat selama ini sehingga aku jadi tidak dengar. aku yang aku dah buat malam semalam. apa yang dah aku buat minggu lepas, tahun lepas, waktu aku kecil, semasa remaja dan sekarang ini. ya, sekarang ini aku sudah luapa siapa diri aku yang sebenarnya. aku kusut dan masai. rabak semuapun ada. semua cantum jadi satu.

aku mula teresak-esak menangis. aku masuk bilik aku balik. aku cuba tenangkan diri. air mata mula turun berjejeran. kuyup. aku baring atas katil aku. aku mula rasa menyesal. tak kira apa yang dah aku lakukan. aku mula rasa kesal. aku buka pintu bilik. aku panggil mak aku, ayah aku, adik beradik aku yang lain. sunyi sepi tanpa jawapan. mungkin mereka sudah keluar. aku seorang diri menanggung derita ini. gila. telinga aku rasa bengang dan sesakali terasa sakit menyucuk-yucuk. macam lidi yang dicucuk ketika membakar daging sate. sakit yang amat. bengang sekali lagi.

aku berlari dan humbankan diri aku atas katil. aku tekap muka ke bantal. aku tekap telinga aku dengan bantal kuat-kuat agar aku dapat mendengar kembali. aku berjanji kepada diri aku. aku tidak akan berbuat jahat lagi. aku tidak akan mencuri nescafe 3 in 1 kat opis aku lagi, aku takkan mencuri makanan orang yang disimpan kat opis aku. aku mula berjanji untuk berbuat baik seperti mana budak kecil berjanji kepada diri sendiri untuk berbuat baik selama 1 tahun agar dapat hadiah dari santa claus. aku berjanji. aku janji.

tiba-tiba kepala aku berasa sakit seperti diketuk oleh benda yang keras. aku melihat ketas barang apa yang jatuh. boss aku disebelah sambil memegang pembaris besi ditangan. sambil buat muka masam dan bengis. dia berlalu pergi. semua orang tengok aku. aku tengok mereka balik satu persatu. ada yang gelak, ada yang mencebik. siot. aku tertidur rupanya.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Home